Netizen Malaysia Bidas Pendapat Minah Salleh Persoal Ada Bahagian Halal Di Pasar Raya UK
Bukannya besar pun bahagian halal tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasar raya merupakan sejenis kedai yang menawarkan pelbagai produk makanan dan keperluan rumah
Pasar raya lazimnya lebih besar dan banyak pilihannya berbanding kedai runcit. Sebagai negara Islam, sudah tentu amat mudah untuk kita mendapatkan barangan halal.
Namun, bagi mereka yang bukan Islam juga masih dapat membeli makanan dan barangan mereka di sini. Kebiasaannya di Malaysia, bagi makanan tidak halal akan diletakkan bahagian yang berbeza dan akan ditulis 'non-halal'.
Tetapi, baru-baru ini tular apabila seorang Minah Salleh dari United Kingdom yang mempertikaikan bahagian 'halal' di negaranya mendapat perhatian umum.
Netizen Malaysia tunjuk bahagian tidak halal di pasar raya Malaysia
Menerusi perkongsian di laman X, dapat dilihat seorang wanita warga United Kingdom telah meluahkan rasa kesalnya apabila sebuah jenama pasar raya telah menyediakan bahagian makanan 'halal' di situ.
Di dalam hantaran wanita itu, dia memberitahu pasar raya tersebut sepatutnya tidak perlu menyediakan kemudahan terbabit.
"Amalan biadab ini tidak sepatutnya dibenarkan di UK, ia tidak berperikemanusiaan dan kejam," tulisnya.
Selepas ciapannya mendapat perhatian ramai, seorang rakyat Malaysia tampil berkongsi kemudahan yang disediakan di pasar raya di Malaysia.
Menurut individu berkenaan walaupun Malaysia adalah sebuah negara Islam, tetapi mereka masih menyediakan kemudahan bagi mereka yang bukan beragama Islam iaitu di bahagian 'non-halal'.
"Hai, di Malaysia, sebagai sebuah negara Islam kita mempunyai bahagian Tidak Halal untuk saudara-saudara kita yang bukan Islam. Ini telah ada selama beberapa dekad. Awak hanya membuat satu perkara lagi betapa harmoni Islam/Muslim dibandingkan dengan awak. Perbuatan awak sebenarnya biadab," balasnya kepada wanita terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!