Restoran Di Klang Dapat Pujian Ramai, Beri Makanan Percuma Untuk Individu Yang Memerlukan
Inisiatif yang sangat bagus.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Membantu golongan yang susah sememangnya perkara yang baik dan perlu dicontohi
Di Malaysia ini, masih banyak golongan yang memerlukan sehingga terpaksa mengikay perut demi meneruskan kelangsungan hidup.
Baru-baru ini, tular sebuah posting selepas sebuah restoran mengambil inisiatif dengan memberikan makanan percuma kepada golongan yang memerlukan telah mendapat pujian ramai.
Individu memerlukan boleh ambil makanan kerana sudah dibayar
Menerusi posting tersebut, kelihatan sebuah restoran di Klang, Choon Guan Hainan Coffee 1956, menjadi tular selepas restoran itu membuat inisiatif dengan memberi makan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Difahamkan, posting berkenaan telah dikongsikan oleh pemilik kedai sendiri menerusi group di Facebook MERU KLANG RESIDENTS OFFICIAL untuk berkongsi inisiatif restorannya.
Dengan bantuan ini, dia berharap dapat sedikit sebanyak membantu golongan kurang berkemampuan menikmati hidangan mereka.
"Kami memahami bahawa kadang-kadang kehidupan boleh menjadi mencabar.
"Jika anda lapar dan tiada wang, makanan ini telah dibayar terlebih dahulu untuk anda.
"Kami di sini untuk menyokong komuniti kita, kerana tiada sesiapa harus kelaparan," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!