[VIDEO] Ramai Geli Lihat Pekerja Kedai Makan Guna Air Longkang Cuci Kuali
Kenapa pula dia nak basuh dekat situ.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebersihan kedai makan sememangnya menjadi perkara utama bagi pelanggan
Apatah lagi jika dilihat pada kebersihan pekerja kedai itu sendiri. Pastilah ia memberi kesan negatif jika mereka tidak menjaga penampilan dengan baik.
Namun, tular baru-baru ini sebuah video memaparkan pekerja kedai makan sedang membasuh kuali di longkang.
Terkejut lihat pekerja guna air longkang untuk cuci kuali
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu seorang individu sedang berada di sebuah kedai makan.
Namun, individu berkenaan terkejut dan sempat merakam kelakuan pekerja kedai terbabit yang menggunakan air longkang di situ untuk mencuci kuali.
Pekerja kedai terbabit terus bangun dari longkang selepas melihat individu berkenaan. Sehingga kini masih tiada maklumat di mana lokasi kedai tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!