seismik

Jual Alas Kaki Ada Gambar Kaabah & Masjid, Polis Tahan 2 Lelaki Bantu Siasatan

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan alas kaki yang dibeli di sebuah bazar di Pasar Lebuh Cecil, selepas mempunyai imej bentuk Kaabah dan masjid baru-baru ini

Menerusi laporan Berita Harian, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan.

Katanya, pengadu terbabit mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

Difahamkan, lelaki tersebut telah membeli alas kaki itu sebelum membuat laporan polis.

Image via Berita Harian

Susulan daripada itu, dua lelaki direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki berkenaan.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membenarkan perintah reman berkenaan dikeluarkan terhadap lelaki yang masing-masing berusia 26 dan 41 tahun itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: