Individu Kongsi Perangai Pemandu 'Berjemaah' Selamba Potong Line Sampai Halang Jalan
Bukan seorang dua tu, berderet.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai pengguna jalan raya, kita perlulah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan
Hal ini kerana untuk mengelak sebarang kejadian buruk yang berlaku. Jalan raya ini digunakan ramai, jadi banyak risikonya.
Sebab itu pentingnya mempunyai sifat bertanggungjawab dan bertolak ansur. Namun, ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab sehingga membahayakan pemandu lain.
Seperti video tular di laman X selepas seorang individu terpaksa menahan sabar melihat perangai segelintir pemandu jalan raya.
Terpaksa menghadap perangai selfish segelintir pemandu
Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik dashcam berkongsi perangai segelintir pemandu jalan raya yang tidak bertanggungjawab.
Di dalam video itu memaparkan pemilik berkenaan melalui sebuah jalan yang disebelahnya mengalami kesesakan lalu lintas.
Namun, beberapa buah kereta dari arah seberang datang memotong barisan sehingga memasuki jalannya.
Malah, bukan hanya satu dua kereta tetapi kelihatan beberapa buah kereta turut melakukan perkara yang sama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!