Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Pecah Masuk Rumah Bekas Kekasih, Berang Minta Putus Lepas 3 Bulan Bercinta

Difahamkan, suspek telah berjaya ditahan pihak polis.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hanya kerana percintaan selama tiga bulan tidak mahu diteruskan kekasih, seorang lelaki nekad mengugut dan menceroboh kediaman keluarga bekas teman wanitanya di Taman Melawati, Ampang pada 18 September lalu

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan lelaki tempatan yang juga penganggur berusia 31 tahun itu.

Menerusi kenyataan di Facebook, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 tengah hari apabila suspek menceroboh rumah keluarga kekasihnya dan membaling batu ke arah tingkap bilik mangsa.

Katanya, suspek memasuki rumah itu dengan memecahkan pintu kaca di belakang rumah menggunakan besi dumbel kemudian ke ruang tamu sambil menjerit nama wanita terbabit.

Image via Polis Daerah Ampang Jaya Page (TikTok)

"Mangsa masuk ke biliknya dan menyembunyikan diri di dalam tandas sambil menghubungi polis, pada masa sama suspek menggunakan besi dumbel cuba memecahkan pintu bilik itu tetapi tidak berjaya.

"Suspek kemudian menyelinap masuk ke bilik itu melalui balkoni dengan memecahkan tingkap bilik dan mengugut mangsa sebelum beredar," katanya.

Hasil siasatan pihaknya mendapati motif kejadian berlaku disebabkan mangsa tidak mahu lagi meneruskan hubungan percintaan dengan suspek selepas bersama hampir tiga bulan.

Kerugian kerosakan rumah keluarga mangsa akibat perbuatan suspek itu dianggarkan RM20,000.

Polis berjaya menahan suspek sekitar pukul 5.50 petang semalam di Petaling Jaya dan semakan mendapati suspek nempunyai 13 rekod lampau jenayah tidak dikehendaki an satu rekod masih dikehendaki.

Difahamkan, reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427, Seksyen 448 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Image via Polis Daerah Ampang Jaya Page (TikTok)

Image via Polis Daerah Ampang Jaya Page (TikTok)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment