"Level Lain" - Cikgu Confident Main Kuiz Cakap Korea, Sekali Bahasa Lain Pula Yang Keluar
Alamak. Salah tu, salah!
Dapat belajar bahasa dari negara lain merupakan kelebihan buat diri kita
Seronok bila dapat berkomunikasi dalam bahasa lain, lebih-lebih lagi jika kita berkunjung ke negara tersebut. Contoh paling terdekat adalah Korea, kerana fenomenanya boleh tahan besar di Malaysia.
Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila seorang cikgu bermain kuiz meneka bahasa Korea telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Konfiden cakap bahasa Korea, sekali semua jawapan salah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sirbadang yang merupakan salah seorang cikgu di pusat tuisyen MC Plus, kelihatan dia sedang bermain kuiz translate bahasa Melayu ke Korea di TikToknya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat begitu konfiden bercakap bahasa Korea dan kesemua soalan yang dijawabnya salah.
Lebih menghiburkan, dia sendiri tidak dapat menahan ketawa apabila semua jawapan yang dihentam tidak ada satu pun yang betul.
Image via @sirbadang (TikTok)
"Hahaha intonasi dah ada, tapi perkataan tu main hentam je. Yang penting bunyi ngam" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.3M views, 149.8K likes dan 1.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Sir Badang itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Image via @sirbadang (TikTok)
Sir Badang ni buat hal betul ya, dulu pun dah pernah hentam cakap Korea tapi lain juga bunyi nya :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment