Anak Kongsi Luahan Rindu Bapanya Kepada Arwah Ibu Di Status WhatsApp Buat Ramai Sebak
Arwah ibu meninggal dunia akibat kanser.
Siapa yang tidak inginkan cinta sejati dalam hidup ini?
Cinta sejati yang berterusan sehingga ke jinjang pelamin. Cinta yang penuh dengan perasaan kasih sayang dan kesetiaan di antara suami isteri dari awal perkahwinan sehinggalah ke akhir usia.
Apabila cinta sejati itu dipisahkan dengan kematian, maka yang tinggal hanyalah perasaan rindu dan kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati dan dalam ingatan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Cicit Wan Salleh telah menceritakan perihal bapanya yang amat merindui arwah ibu yang meninggal dunia akibat kanser
Image via Twitter @twtaan
Menerusi satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh pemuda itu dalam laman sosial berkenaan, dia telah menceritakan sendiri bagaimana bapanya telah berkorban demi menjaga ibu sejak mulai menghidapi penyakit sehinggalah ke saat-saat dijemput Illahi.
Image via Twitter @twtaan
Pemuda itu turut berkongsikan beberapa paparan skrin status WhatsApp yang dimuat naik oleh bapanya meluahkan rasa rindu yang teramat kepada arwah ibu yang sudah lebih 2 minggu meninggalkan mereka sekeluarga.
Image via Twitter @twtaan
Tambah pemuda itu lagi, dia amat mengagumi keperibadian bapanya yang tenang mengharungi segala pancaroba hidup sebelum ini
Dia yang mengakui bangga menjadi anak turut berkongsikan peristiwa sedih ketika kematian neneknya suatu masa dahulu. Sifat bapanya yang tidak kenal erti penat dalam berbakti telah mengajarnya adik-beradik.
Image via Twitter @twtaan
Bukan itu sahaja, pemuda itu turut menceritakan saat-saat terakhir bapanya bersama arwah ibu. Bapanya yang sentiasa tabah dan sabar serta tidak mudah melatah memudahkan ibu untuk pergi dengan tenang.
Image via Twitter @twtaan
Image via Twitter @twtaan
Image via Twitter @twtaan
Perkongsian pemuda itu ternyata telah membuat ramai yang terharu dan turut berdukacita dengan pemergian arwah ibunya
Image via Twitter @twtaan
Image via Twitter @twtaan
Al-Fatihah.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment