seismik

Rindu Yang Tidak Pernah Padam, Setiap Hari Suami Ini Ziarah & Bersihkan Kubur Arwah Isteri

Sebaknya.

Cover image via Facebook Atam Ayue

Siapa yang tidak inginkan cinta sejati dalam hidup ini?

Cinta sejati yang berterusan sehingga ke jinjang pelamin. Cinta yang penuh dengan perasaan kasih sayang dan kesetiaan di antara suami isteri dari awal perkahwinan sehinggalah ke akhir usia.

Image via Islam Itu Indah

Namun apakah daya, setiap yang diberi kepada kita itu adalah pinjaman di dunia semata-mata, termasuklah cinta sejati. Apabila cinta sejati itu dipisahkan dengan kematian, maka yang tinggal hanyalah perasaan rindu dan kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati dan dalam ingatan.

Begitulah yang dapat digambarkan tentang kisah seorang suami yang hampir setiap hari menziarahi kubuh arwah isterinya itu bagi melepaskan rasa rindu di hati

Menerusi satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh Atam Ayue di laman Facebook, dia telah menceritakan sendiri bagaimana ayahnya tidak pernah jemu menziarahi kubur arwah ibunya, yang sudah hampir 100 hari telah pergi meninggalkan dunia.

Menurut Atam Ayue, ayahnya akan pergi ke tanah perkuburan sama ada ditemani cucunya, anak angkatnya ataupun secara bersendirian untuk membersihkan kubur arwah isteri tercinta.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bukti kasih dan sayang.. bukti nyata.. realiti depan mata

Bukti cinta dia.

Lepas 40 hari mak pergi menemui yang Maha Esa, kami pesan tak perlu dah pergi hari-hari abah sebab nanti dah macam meratapi, macam tak redha yang mak sudah pergi. Dia turut. Tapi 2 hari sekali dia akan pergi sekali.

Sebelum itu selama 40 hari dia akan pergi 2 kali sehari, lepas Subuh dan lepas Asar. Tapi lepas 40 hari dia pergi lepas Subuh atau lepas Asar je.

Kadang bawa cucu teman. Kadang sendirian.

Hari ini dia bawa anak-anak angkat dia budak budak tahfiz temani dia bersihkan kubur arwah isteri tercinta.

Begitulah keadaan kubur mak dari hari ke hari. Tak pernah semak. Bersih. Mak sukakan kebersihan, kekemasan, kecantikan.

Abah jaga macamana yang cinta hati dia suka.

Allahu Allah SWT rahmatilah abah kami. Suami yang hebat buat isterinya. Susah senang pahit maung ditempuhi hingga hujung nyawa si isteri.

Semoga Allah menjaga abah kami sebaik baik jagaannya.

Hari Raya pertama genap 100 hari mak kami pergi ke negara abadi. Semoga mak diletakkan di sisi para solehin.

Perkongsian Atam Ayue ternyata telah membuat ramai yang terharu dengan hubungan kedua arwah ibu dan bapanya itu

Al-Fatihah.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: