"Luar Setinggan, Dalam Banglo" - Beri Mesej Pada Penonton, Video Ini Jadi Bualan Netizen
Ramai netizen yang mempertikai video ni.
Kehidupan yang kita jalani pada hari ini mungkin berbeza dengan orang lain
Ada orang yang hidup senang dan ada juga yang hidup susah. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-Nya.
Biarpun kita merasakan kesusahan, ingatlah bahawa masih ramai di luar sana yang lebih memerlukan daripada kita.
Seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini mengenai kisah seorang gadis yang terpaksa mencuri demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
Image via Harian Metro
Video cuba beri pengajaran pada penonton
Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang membeli goreng pisang di sebuah gerai di tepi jalan.
Namun, semasa lelaki itu sedang menjawab panggilan telefon, makanannya tiba-tiba dicuri oleh seorang gadis dan melarikan diri.
Lelaki tersebut kemudian terus mengejar dan mengekori gadis berkenaan sehinggalah tiba dirumah miliknya yang kelihatan usang.
Memperkenalkan diri sebagai rakan
Lelaki tersebut kemudiannya mendengar perbualan gadis itu bersama neneknya yang sedang sakit dan telah membuatnya merasa serba salah dengan keadaan mereka.
Ternyata kejadian itu telah membuat dirinya merasa kasihan dan tampil memperkenalkan diri sebagai rakan gadis berkenaan.
Keadaan dalam rumah pula tarik perhatian netizen
Namun, lain pula yang terjadi apabila rata-rata netizen mempersoalkan keadaan dalam rumah yang dilakonkan itu kerana agak berbeza dengan keadaan di luar rumah.
Jadi, korang rasa memang dalam rumah dia macam tu ke atau sememangnya lain?
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment