Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

'Lubuk' Emas Murah Ini Tawar Harga Lebih Rendah Sehingga 16% Berbanding Pasaran Biasa

Bandar ini hanya dikenali sebagai laluan antara Seremban ke Bahau.

Cover image via Google

Sejak tahun 1940-an, bandar ini memang terkenal sebagai 'lubuk' emas yang dijual dengan harga lebih murah sehingga 16% berbanding pasaran biasa

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blog Jalan Raya Malaysia.

Bandar ini juga memiliki lapan buah kedai emas dijual dengan harga yang begitu rendah. Contohnya harga semasa emas 916 ialah RM193, namun kedai emas di bandar ini menawarkan harga di antara RM161 hingga RM163 segram sahaja.

Bagi harga emas 999 pula ditawarkan dengan harga RM178 segram.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Pelanggan juga boleh menukar barangan kemas masing-masing yang sedia ada dengan barang kemas yang baharu dipaparkan di kedai emas tersebut dengan harga jauh lebih rendah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jutawanemas.com

Perkara yang menarik perhatian orang ramai adalah rekaan barang kemas yang dipaparkan dan dijual di setiap kedai emas di bandar ini adalah rekaan terkini dengan perbezaan harga sahaja.

Selain di Kuala Pilah, barangan kemas yang dijual di Muar, Johor dan Sungai Petani, Kedah juga adalah dengan harga yang murah antara RM20 hingga RM30 segram berbanding harga semasa

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, faktor yang menyebabkan harga emas yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa adalah kerana pemilik kedai emas di bandar ini tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas Malaysia.

Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar sewa kerana premis tersebut adalah milik sendiri dan rata-rata pekerja pula diambil dari kalangan keluarga sendiri. Sebab itulah pelanggan sanggup datang dari jauh untuk membeli. Memang menguntungkan.

Seorang peniaga emas di bandar tersebut turut mengatakan bahawa dia menjual emas mengikut harga yang ditetapkan sendiri bagi menarik perhatian ramai pelanggan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Prof Hafiz

Peniaga emas tersebut yang mahu dikenali sebagai Ng, 60, telah menyambung legasi perusahaan kedai emas keluarga sejak 100 tahun yang lalu mengatakan bahawa dia tidak kisah tentang harga emas rendah yang ditawarkan, asalkan tidak melanggar undang-undang.

Ng juga berkata bahawa dia merupakan generasi ketiga yang telah mengusahakan perniagaan itu tanpa terikat dengan mana-mana persatuan berasaskan emas kerana dia mungkin akan dikenakan yuran keahlian untuk memasuki mana-mana persatuan.

“Lebih baik macam ini untung rugi pun sendiri-sendiri. Premis pun kami tidak menyewa sebab itu boleh letak harga emas dan upah murah dari pasaran."
Ng

Tambahan pula, setiap barang kemas yang dijual di kedainya diperoleh dari kilang di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor. Malah, pada tahun 1999, kedai Ng pernah menawarkan harga paling rendah iaitu RM20 hingga RM25 segram.

Oleh disebabkan itu, kedainya menerima kunjungan pelanggan yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Kedah, Kelantan dan Johor sehingga kini.

Sumber: Harian Metro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment