[VIDEO] Gelagat Pasangan Suami Isteri Suruh Bayi Baru Lahir Bayar Bil Hospital Raih Dekah
Baru 'log in' dah kene siapkan task.
Sudah jadi tanggungjawab bagi ibu bapa untuk menstabilkan kewangan keluarga apabila melahirkan anak
Kadangkala, bayaran bil hospital yang mahal juga turut menjadi isu dalam masyarakat dan penglibatan peranan kerajaan dalam hal berkenaan.
Baru-baru ini, tular satu video apabila sepasang suami isteri yang menyuruh bayi yang baru lahir untuk membayar bil hospital raih tawa daripada netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bayi baru sahaja lahir, sudah diberi komitmen
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @aurelmufty di TikTok, sepasang suami isteri berkenaan dilihat memegang sepucuk surat bil hospital untuk dilunaskan.
Lebih menghiburkan, mereka berdua turut bergurau dengan menyuruh bayi yang baru lahir itu membayar bil hospital tersebut.
Ruangan komen juga dipenuhi dengan tawa dan gurauan netizen yang mencuit hati.
Image via @aurelmufty (TikTok)
Image via @aurelmufty (TikTok)
Image via @aurelmufty (TikTok)
"Dipaksa berdikari sejak lahir" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu pasangan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 176K likes dan 876 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @aurelmufty (TikTok)
Image via @aurelmufty (TikTok)
Image via @aurelmufty (TikTok)
Sabarlah dik, sekarang kos sara hidup memang tinggi :(
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment