"Comelnya!" - Telatah Bayi Tiru ‘Mimik’ Muka Si Bapa Ini Undang Tawa Netizen
Pandai kau dik 'taunting' bapa sendiri.
Bayi sering mendapat perhatian yang lebih kerana mereka sangat istimewa & comel
Zaman kini, merakam moment dan saat-saat indah bayi ketika di awal usia sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ibu-ibu.
Gelagat mereka sering menjadi perhatian kerana dilihat sangat comel dan mencuit hati. Senyum, tawa dan tangisan mereka bakal dirindui apabila mereka sudah besar nanti.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana seorang wanita ini secara tidak sengaja merakamkan reaksi comel dari bayinya kerana 'meniru' riak wajah lucu daripada bapanya.
Kecil-kecil lagi sudah punya bakat 'lucu' yang terpendam
Menerusi video yang dimuat naik oleh @intannurazieka di TikToknya, wanita tersebut merakamkan tabiat suaminya yang suka membuat mimik muka yang lucu ketika dia sedang sarat mengandung.
Lebih menarik lagi, selepas bayi tersebut berumur 2 bulan. Secara tidak sengaja, wanita ini berjaya merakam detik comel di mana bayi tersebut 'meniru' wajah lucu bapanya itu.
Reaksi bayi tersebut turut meraih ramai pujian dan mencuit hati warganet.
"Sekali dengan aku nak kenyit mata tgok baby ini." - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kecomelan bayi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 160.7K likes dan 1.8K comments.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!