[VIDEO] Biarpun Hidup Sederhana, Cara Pasangan Sambut Hari Lahir Anak Ini Jadi Perhatian
Seronoknya lihat mereka bahagia macam ini!
Sebagai seorang suami atau bapa, kebahagiaan keluarga perlu jadi keutamaan
Mempunyai seorang ketua keluarga yang dapat memahami kehendak setiap ahli keluarga merupakan satu rezeki yang tidak dimiliki oleh semua orang.
Namun, ada sesetengah daripada mereka yang masih mementingkan diri sendiri walaupun sudah lama membina keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video berkaitan sepasang suami isteri yang merancang untuk menyambut hari lahir anak mereka.
Effort pasangan ini sambut hari lahir anak mereka raih pujian daripada warganet
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @nurulfadiahabubakar di TikToknya, tindakan si isteri yang menegur suaminya berkaitan hari tersebut merupakan hari lahir anak mereka dilihat seakan-akan tidak merancang apa-apa.
Lebih menarik lagi, reaksi si suami yang sedang berehat dilihat dengan segera bangun untuk membelikan kek buat anak mereka.
Tindakan pasangan suami isteri ini mendapat perhatian dan pujian dari netizen kerana mereka tetap berusaha untuk mencari masa demi kegembiraan anak-anak mereka.
Lihat video selanjutnya di bawah:
"Bagus la, sekali ajak terus on. Jaga suami baik-baik kak, semoga kekal bahagia hingga ke syurga." - Netizen
Dilihat ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji cara layanan suami tersebut terhadap isteri dan anak-anak mereka. Biarpun hidup sederhana, kebahagiaan keluarga tetap diutamakan.
Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih 1.7M views, 80.2K likes dan 918 comments.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!