"Hilang Penat" - Gelagat Lelaki Jemput Isteri Balik Kerja Ini Bikin Netizen Cemburu
Hilang penat kerja kalau dapat pasangan comel macam ini.
Memiliki pasangan yang memahami juga merupakan satu rezeki
Setiap pasangan yang sudah berkahwin menginginkan satu kehidupan yang bahagia serta kondisi hidup yang selesa. Perkara yang paling penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga ialah setiap pasangan perlu menerima baik buruk pasangan dan merendahkan ego apabila membuat satu keputusan.
Sebagai manusia yang mempunyai hati dan jiwa, mendambakan seorang pasangan yang manja dan clingy juga mampu membantu kita menghilangkan stres dan kekusutan masalah hidup.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkaitan seorang suami yang menjemput isterinya pulang dari kerja dengan telatah yang sangat comel.
Seronok sangat si suami ini, sudah lama berkahwin tetapi masih sweet
Menerusi video yang dimuat naik oleh @featfitriezz96 di TikToknya, pemilik akaun tersebut merakamkan momen ketika menjemput isterinya pulang dari tempat kerja. Gelagat dan reaksinya menjadi perhatian warganet kerana terlihat comel dan 'gedik'.
Menurut ruangan komen netizen, pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata kerana isterinya sedang sarat mengandung. Warganet turut mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia dan diberikan kesenangan hidup.
Benarlah kata orang dulu-dulu, ada jarum hendaklah ada benangnya.
"Semput bini tu bang, dah la baru lepas habis kerja ajak lari pula" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kecomelan pasangan ini.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 299.3K views, 5.7K likes dan 164 comments.
Berikut di bawah merupakan komen dari warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!