seismik

"Ingatkan Kulit Ayam" - Gadis Makan Kuey Teow Jumpa Plaster Luka Ini Buat Ramai Loya Tekak

Geli!

Cover image via @hannahhmdn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Bungkus makanan dari restoran luar sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa

Ia juga menjimatkan tenaga apabila penat seharian bekerja. Namun, kita tidak pasti tentang kebersihan pihak restoran sewaktu penyediaan makanan. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang gadis terjumpa plaster dalam makanannya telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Ingatkan bahan masakan, sekali plaster yang dah digunakan

Menerusi posting berkenaan, kelihatan dua keping gambar telah dimuat naik oleh @hannahhmdn
di Twitter. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia terjumpa plaster luka yang telah digunakan dalam kuey teow yang dipesan semasa makan. Perkara itu membuatkan dia berhenti makan kerana jijik dan geli. 

"I pernah dapat kuku, nasi dah nak habis dah masa tu" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 5K retweets, 1K quote tweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen merasa loya tekak. Malah, ramai juga berkongsi pengalaman mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kotor betul, lain kali lebih baik check dulu makanan baru makan! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: