"Saya Tak Malu" - Bapa Sanggup Kutip Mainan Terpakai Untuk Anak-Anak Ini Raih Perhatian
Ayah yang hebat!
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak
Demi melihat mereka gembira dan bahagia, ibu bapa sanggup melakukan apa saja. Sehinggakan ada ibu bapa yang akan berusaha dan mencari cara untuk mendapatkan kehendak anak-anak.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah tekad mengutip mainan dalam timbunan sampah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup kutip mainan terpakai, basuh dan berikan kepada anak
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di timbunan sampah di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu membawa pulang mainan terpakai yang dijumpai.
Kemudian, mainan itu dibersihkan dengan sabun sebelum ia diberikan kepada anak-anaknya. Anak-anaknya kelihatan sangat gembira menerima mainan dari ayahnya.
"Bahagia dapat kecapi dengan pelbagai cara, yang penting si comel tu tersenyum riang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 847K tontonan, 84K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!