seismik

"Respect" - Ramai Bangga Dengan Sekumpulan Pemuda Gigih Bersihkan Sungai Penuh Sampah

Mereka guna tagline 'bukan membersihkan tapi mengurangi'.

Cover image via @pandawaragroup (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, pencemaran sungai merupakan satu perkara serius yang perlu dititikberatkan oleh semua orang

Masih ada sifat manusia yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai. Akibat itu, sungai telah pun tercemar dengan sampah sarap dan perkara itu juga menyebabkan aliran air tersumbat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pemuda gigih membersihkan sungai telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kutip semua sampah yang ada dalam sungai

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang merakam diri mereka untuk dimuat naik videonya ke akaun TikTok. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat gigih mempersiapkan diri dengan memakai glove dan kasut getah untuk masuk ke dalam sungai. Lebih mengagumkan lagi adalah mereka semua dilihat tidak geli dan seronok mengurangkan sampah sarap yang ada dalam sungai. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Terima kasih menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan ikhlas" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 219K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen memuji tindakan mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang patut dicontohi anak muda macam ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik