seismik

"Idea Bernas" - Pihak Tadika Demo & Ajar Kanak-Kanak Elak Penculik Ini Raih Pujian Ramai

Bagus buat macam ni.

Cover image via @nshyafira (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Kes penculikan kanak-kanak yang semakin berleluasa baru-baru ini amat membimbangkan

Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mengingati anak kita supaya tidak mudah terpedaya dan ikut dengan orang yang tidak dikenali. Namun, usaha ibu bapa saja memang tidak cukup untuk memerangi kes jenayah seperti penculikan kanak-kanak. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan rakaman video pihak tadika mendemonstrasi cara kanak-kanak elak penculikan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ajar kanak-kanak untuk elak ambil makanan yang ditawarkan daripada orang tak dikenali

Menerusi video berkenaan, kelihatan pihak tadika sedang mengajar kanak-kanak cara untuk kenal pasti penculik.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang guru dilihat mengenakan pakaian yang tertutup sambil menawarkan jajan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak diajar untuk tidak mengambil makanan tersebut. Namun, ada juga yang terpedaya.

Ada juga dalam kalangan mereka yang menangis ketakutan. Tidak dinafikan, ada juga kanak-kanak yang cerdik pandai dan tidak terpedaya dengan taktik penculik.

"Benda benda macam ni bagus, sebab budak-budak lebih peka dengan apa yang dia nampak dari apa yang kita pesan or cakap" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 267K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagi anak-anak berhadapan dengan real life situation, baru dia orang faham apa mak ayah cakap :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: