"Ingatkan Kereta Tengah Berjoget" - Rakaman Dashcam Accident Ini Cetus Reaksi Ramai
Entah siapa yang salah.
Setiap pengguna jalan raya wajib mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
Hal ini adalah untuk memastikan semua pengguna berada dalam keadaan selamat. Pematuhan undang-undang jalan raya dan tidak membawa kenderaan dengan semberono boleh mengelakkan berlakunya sebarang kecuaian.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan sebuah kemalangan yang terjadi antara motosikal dan kereta telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Motor terlepas simpang kemudian brek secara mengejut menyebabkan kemalangan berlaku
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman dashcam sedang dipaparkan dan dimuat naik melalui akaun Twitter.
Rakaman tersebut menunjukkan sebuah video yang melibatkan pelanggaran antara kereta dan motosikal. Pada awalnya, kelihatan sebuah motosikal sedang ditunggang ke depan kemudian memotong sebuah kereta Almera.
Namun, kereta itu dilihat berhenti secara mengejut kerana motosikal itu masuk ke laluannya. Akibat tidak sempat untuk berhenti, kereta itu berlanggar dengan motosikal hadapan. Mujur saja, tiada apa kemalangan serius berlaku.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Masing-masing ego tak nak mengalah, kebiasaan manusia." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 310K tontonan, 5K retweets dan 197 komen di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi tentang kemalangan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!