seismik

Ini 10 Mitos Popular Tanda Wanita 'Hilang Dara', Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta: Bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara.

Cover image via Hello Doktor & Xgene Royals

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dara atau hymen kebiasaannya akan menentukan sama ada seseorang wanita itu masih perawan atau tidak

Selaput dara merupakan satu lapisan nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina atau faraj. Setiap wanita tidak sama, lapisan sel mereka mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza.

Image via Hello Doktor

Anda sering dengar orang kata pecah dara bukan? Ramai yang beranggapan wanita yang telah pecah dara itu pernah melakukan hubungan seks. Namun, perkara itu telah disangkal oleh pakar disebabkan ada sesetengah wanita akan pecah selaput daranya akibat melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal, berlari, bersenam dan sebagainya.

Mana sebenarnya terletak selaput dara seseorang wanita?

Image via Hello Doktor

Lapisan selaput dara sebenarnya hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina. Bukan kesemuanya tau! 

Jika ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin akan mengalami penyakit Imperforated Hymen yang akan menyebabkan haid dan lendiran vagina tersekat. 

Fakta yang anda semua perlu tahu, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara tau! Jadi ada saja perempuan yang memang tak ada dara dan bukan disebabkan daranya telah pecah.

Pasal dara ini memang sensitif sehinggakan ada individu yang sesuka hati main cop wanita sekian sekian tak ada dara.

Ini antara mitos yang sering orang percaya:

Secara fizikal:
1. Punggung jatuh
2. Payudara kendur
3. Jalan mengangkang
4. Kepala lutut hitam
5. Garis tapak tangan retak
6. Leher lebih anjal

Secara lisan:
1. Gadis yang masih dara PASTI akan berdarah pada malam pertama
2. Boleh lihat pada Miss V untuk tentukan perbezaan dara dan tiada dara
3. Wanita boleh ‘rasa’ jika pecah dara
4. Pasangan anda boleh tentukan perbezaan dara dan tiada dara

Haa, pernah dengar kan semua tu? Jangan percaya sebab memang tiada bukti secara saintifik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa tekan button share ya! ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: