seismik

"Abang Bomba Selamatkan Saya" - Wanita Temui Jodoh Selepas Kemalangan Ini Jadi Tumpuan

Cinta pandangan pertama.

Cover image via @nrzzati._ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita memang tidak akan tahu tentang jodoh, ajal dan maut kerana semua itu merupakan rahsia Tuhan

Sebaik-baik perancang adalah Tuhan yang Maha Mengetahui. Sebab itu, kita hanya perlu yakin dan percaya dengan ketentuannya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis bertunang dengan lelaki yang pernah menyelamatkannya semasa kemalangan telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tak sangka bertunang dengan abang bomba yang pernah selamatkan dia

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang memuat naik beberapa keping gambar dan video lamanya melalui TikTok.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu dilihat telah bertunang dengan seorang lelaki yang pernah menyelamatkan dia semasa kemalangan. Difahamkan, tunangnya itu merupakan seorang anggota bomba.

"Hm, dekat mana boleh kena patuk ular eh?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 676K tontonan, 49K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haa sudah, semua nak pengsan dalam kereta sebab nak cari jodoh! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: