seismik

"Dah Tegur Banyak Kali" - Mak Cik Baju Merah Interframe Gambar Kahwin Undang Reaksi Ramai

Hm, macam mana nak cakap ek?

Cover image via @azfztlmhmmd (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari penikahan merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pengantin

Pengantin juga akan berdebar pada hari bahagia ini. Iyalah, banyak perkara yang telah dirancang seperti pelamin, baju, tempahan jurugambar dan dekorasi tempat majlis untuk menunaikan hasrat dream wedding. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang mak cik interframe gambar kahwin orang telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@azfztlmhmmd

Replying to @Qutrinsham as you can see betul betul tutup I. Photographer siap minta dia ketepi dah. Tapi dia? And lepas tu pun bridesmaid I ada tegur lagi. Banyak kali ye tegur. Bukan sekali je. You boleh dengar background sound tu my sister dah bengang. Dia bukan semak je tau dalam gambar/video I tapi dia buat macam majlis dia. Common sense? I fikir 2 bulan tau untuk post benda ni.

original sound - Zarah Yusoff - Zarah Yusoff

Photographer dah tegur pun masih berdiri di situ

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang memaparkan situasi majlis pernikahan di sebuah lokasi. 

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang mak cik berbaju merah dilihat berdiri di antara pelamin dan meja akad nikah. Keadaan itu menyebabkan jurugambar sukar untuk menangkap gambar pasangan pengantin. 

Perkara itu telah ditegur oleh jurugambar beberapa kali. Namun, mak cik itu tetap saja tidak bergerak dari tempatnya. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Mungkin mak cik tu nak pastikan bukan laki dia yang salam tok kadi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 60K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Mungkin mak cik tu nak pastikan majlis berjalan dengan lancar kot, husnuzon. :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: