[VIDEO] Tak Takut Anak Terkesan Sindrom, Wanita Ini Ikhlas Bernikah Dengan Suami
Wanita hebat!
Jodoh, ajal dan maut merupakan rahsia Tuhan untuk semua hambanya
Bak kata, kita hanya mampu merancang saja dan kita tidak akan tahu apa aturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki dari Indonesia yang mempunyai Sindrom Teacher Collins akhirnya bertemu cinta hatinya telah mencuri tumpuan ramai.
Sindrom Treacher Collins merupakan kelainan genetik yang menyebabkan gangguan pertumbuhan tulang dan struktur wajah seseorang. Difahamkan, keluarga lelaki itu yang lain juga mempunyai sindrom tersebut dan pernah dikecam suatu ketika dahulu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Wanita ikhlas dan tidak pandang pada fizikal suami
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang menghadiri acara televisyen untuk ditemu bual.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila isterinya menjawab dia benar-benar ikhlas dan terima berkahwin dengan suaminya itu apabila ditanya host. Isterinya itu juga tidak takut kalau anak mereka terkesan dengan sindrom suami.
Mereka juga menceritakan detik perkenalan mereka dengan bersembang melalui DM di Facebook Messenger. Setelah itu, mereka bercinta jarak jauh selama 7 bulan sebelum Surya melamar isterinya Sasha.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mana-mana orang tua pasti memilih yang terbaik untuk anaknya, kerana tak nak sampai menyesal atau sampai bercerai" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 79K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, ramai yang memuji akhlak wanita itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!