seismik

"Guna Stok Untuk Masak Sup Je" - Cara Lelaki Balas Mesej Scammer Ini Buat Ramai Terhibur

Padu beb jawapan dia!

Cover image via Daryl Pangster Souji Seta (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, memang ramai yang menjadi mangsa scammers dalam penipuan mereka

Kebiasaannya, scammers menipu dalam pelbagai bentuk cara termasuklah menawarkan tawaran yang jauh lebih murah dengan SMS ataupun dengan panggilan daripada pihak berautoriti. Oleh sebab itu, kita perlu bertindak lebih berhati-hati dan teliti. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan mesej antara lelaki dan scammer telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Penipu scam orang suruh beli stok, sekali lain pula yang lelaki ini jawab

Menerusi gambar berkenaan, kelihatan paparan mesej antara seorang lelaki dan scammer melalui WhatsApp. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila scammer itu bertanya lelaki yang bernama Pais, adakah dia biasa dengan main saham dalam bahasa Inggeris.

Lelaki itu dengan selambanya menjawab saya biasa guna stok untuk masak sup ayam je. Dia siap menghantar gambar jenama stok yang sering dia gunakan. 

"Kalau ada scammer next datang tanya nak panggil apa, cakap handsome" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 287 tanda suka, 15 komen dan 967 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut memuji idea bernas lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Mesti scammer tu menyesal mesej dia. Padan muka! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: