"Ingat Makeup" - Cikgu Selamba Lap Kening Pelajar, Rupa-Rupanya Memang Original Tebal
Cikgu ni pun.
Umum mengetahui, pelajar tidak dibenarkan untuk merias wajah sewaktu pergi ke sekolah
Guru disiplin akan memastikan semua pelajarnya kemas dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kadangkala, guru disiplin terpaksa denda pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang guru mengelap dan membersihkan kening pelajarnya di dalam kelas telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan makeup, rupa-rupanya memang kening tebal
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang guru sedang membuat rondaan di dalam kelas untuk memastikan semua pelajarnya mematuhi peraturan sekolah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila guru itu dilihat mengelap dan membersihkan kening seorang pelajar kerana menganggap pelajar itu melukis kening. Rupa-rupanya, kening pelajar perempuan itu memang tebal dan asli.
"Temenku juga ada yang bibirnya merah sampai dikira guru pakai lipstik padahal memang natural" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 181K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat guru itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!