seismik

"Nasib Sempat" - Bot Pedal Tenggelam, Geng Gadis Cuba Selamatkan Diri Ini Buat Ramai Cuak

Risau yang tengok ni!

Cover image via @callistaacaca_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pergi ke taman rekreasi untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga memang satu perkara yang menyeronokkan

Tambahan lagi, apabila taman rekreasi mempunyai banyak jenis permainan yang membolehkan anda untuk ride. Salah satu permainan yang ada adalah mengayuh bot pedal.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan gadis menaiki bot pedal di tasik di Indonesia telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Masing-masing cuba selamatkan diri gara-gara bot pedal tenggelam

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua kumpulan gadis sedang menaiki bot pedal yang berada di tasik. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah satu bot pedal dilihat seperti rosak dan tenggelam ke dalam air.

Lebih mengejutkan lagi apabila masih ada sekumpulan gadis yang berada di atas bot itu. Mujurnya, gadis yang berada di atas bot itu sempat menyelamatkan diri dan beralih ke bot rakan mereka. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Fuyo, yang kakak baju putih tu last minit dah ala Mission Impossible dah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 274K tontonan, 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut cuak melihat bot pedal itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik sempat, kalau tak habis baju semua tenggelam. Dengan tak pakai life jacket lagi :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: