seismik

"Muka Gengster" - Lelaki Bertatu Terhibur Tengok Upin Ipin Di Penjara Ini Curi Tumpuan

Ingat garang tadi.

Cover image via @FunnyVideosID (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Cerita animasi Upin Ipin sudah menjadi popular dan fenomena di Malaysia mahupun negara seberang iaitu di Indonesia

Tidak dinafikan, siri episod kartun animasi itu meraih jutaan penonton tidak mengira umur kerana kelucuan dan kepetahan gelagat mereka. Memang ramai peminat Upin & Ipin ini! 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang menonton Upin & Ipin di penjara telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Muka gangster tapi tersenyum bila tengok Upin Ipin

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang menonton cerita Upin & Ipin yang ditayangkan di TV. Ada yang duduk dan ada juga yang berbaring. Dipercayai, mereka ditempatkan di sebuah penjara di Indonesia.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang lelaki yang bertatu dilihat ketawa dan senyum apabila menonton babak lucu Upin & Ipin itu. Ramai yang tidak menyangka lelaki itu boleh tersenyum kerana dia kelihatan garang.

"Tapi serius sih, nonton Upin Ipin ga bosan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 165K tontonan, 1K retweets, 245 quote tweets, 5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur melihat lelaki itu. Malah, ramai juga yang tidak menyangka tempat itu ialah penjara.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bak kata don't judge the book by its cover, dia tak garang pun guys! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: