seismik

"Bahagia Itu Sederhana" - Guna Tong Untuk Bergendang, Pekerja Syok Joget Ini Curi Tumpuan

Kreatif betul masing-masing.

Cover image via @muliantohuang (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, semua pekerjaan yang ada memang tidak mudah

Setiap pekerjaan mempunyai cabarannya tersendiri. Oleh sebab itu, sebuah nikmat jika anda mempunyai kawan kerja yang happening dan baik. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pekerja menari dan bergendang menggunakan alat yang ada di kilang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Guna apa yang ada untuk bergendang dan joget

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pekerja sedang berkumpul sebelum memulakan pekerjaan mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat sangat seronok bermain gendang menggunakan alat yang ada seperti tong gas.

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila mereka semua dilihat sangat gembira dan tenang berjoget untuk menghiburkan diri sebelum bekerja.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Kegembiraan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 193K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut gembira melihat gelagat mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok pula tengok diorang happy dekat tempat kerja! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: