seismik

Niat Anak Nak Tolong, Tapi Sekali Tercat Motor Warna Putih Ini Buat Mak Sakit Jantung

Aduhai dik, habislah kau.

Cover image via @devirahma159 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Memiliki anak kecil sudah tentu banyak telatah dan perangai mereka yang melucukan

Kadangkala, mereka juga mempunyai tantrum atau gelagat yang menggeramkan para ibu bapa. Sehinggakan sebagai ibu bapa perlu banyak bersabar dengan tingkah laku anak-anak yang sedang membesar. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki tercat motor kesayangan ayahnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Niat nak tolong, tak sangka pula sampai motor pun dia cat sekali

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang bersedia memegang berus cat nak menolong ibunya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu tidak sengaja mengecat motor dengan warna putih. Sebaik saja ibunya melihat, ibunya terus istighfar berkali-kali sambil memuji anaknya itu tanda geram dan speechless. 

"Kalau aku dah guling guling sampai hujung kampung" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 133K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dengan gelagat budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini jenis mak-mak melawan hukum ni, baik betul tak marah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: