seismik

[VIDEO] Main Sukaneka Ambil Getah Guna Straw, Budak Keluarkan Hingus Ini Buat Ramai Geli

Tak selera dah nak makan.

Cover image via @dilla_q (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan sukaneka memang digemari ramai orang terutamanya budak sekolah

Berlumba-lumba antara peserta yang lain untuk menang dalam sesuatu acara itu memang menyeronokkan. Tambahan lagi, kalau ada hadiah disediakan, memang ramai yang berebut nak menang. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil bermain bersungguh-sungguh sehingga terkeluar hingus telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nak tiup tepung, sekali terkeluar hingus pula masa main

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa budak kecil sedang berlumba sebuah permainan sukaneka di kampung mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak kecil itu dilihat meniup straw dengan bersungguh-sungguh seperti ingin mengalahkan rakan-rakan yang lain. Lebih melucukan lagi adalah apabila hingusnya terkeluar dari hidung dan membuatkan ramai geli. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Benar kata emak kalau lagi makan jangan sambil main phone" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 90K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, macam mana boleh terkeluar tu. Mesti simpan lama ni! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: