seismik

"Memang I" - Tular Muka Iras Usahawan Kosmetik Dalam Muzik Video, Sajat Mengaku Itu Dia

Lawaklah Sajat ni.

Cover image via @brooonoook (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak mengenali usahawan kosmetik terkenal iaitu Sajat?

Memang ramai yang akan terhibur dengan lawak jenaka yang dibuat. Baru-baru ini, tular sebuah muzik video Allahyarhamah Sharifah Aini yang memaparkan model lelaki persis muka Sajat telah hangat diperkatakan.

Semalam, Sajat tampil memberi respon berkenaan muzik video lagu tersebut dalam TikTok live dan videonya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video itu di bawah: 

Mengaku model dalam muzik video itu dirinya dengan bangga

Menerusi video berkenaan, kelihatan usahawan kosmetik itu sedang membuat live di akaun TikToknya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ramai netizen bertanyakan Sajat tentang model lelaki yang ada di dalam muzik video itu. Lebih menghiburkan lagi adalah apabila Sajat mengaku dengan bangganya sambil menyindir netizen. 

"Mak memang popular dari dulu, muka i dari kecik orang nak ambil jadi video", katanya. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Sentap dengar ayat dia muka i dari kecik ada orang nak ambil buat video klip, u ada orang ambil buat video klip? lambat lagi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 256K tontonan, 13K tanda suka dan 352 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Sajat. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau cakap dengan Sajat ni memang takkan menang, dia queen! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik