seismik

"Kembang Tekak" - Operasi Dalam Keadaan Kotor, Kilang Penyembelihan Ayam Ini Diserbu DBKL

Pekerja juga tidak diberikan suntikan tifoid.

Cover image via @redzuanNewsMPB (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kilang penyembelihan ayam di Cheras telah digempur oleh DBKL kerana tidak menjaga aspek kebersihan

Serbuan itu dijalankan pada jam 1.00 pagi semalam. Pihak DBKL mendapati pusat penyembelihan ayam itu telah mengabaikan aspek kebersihan.

Bukan setakat persekitaran yang kotor, malah pekerja warga asing juga tidak diberikan suntikan tifoid yang wajib sebelum mengendalikan kerja-kerja penyembelihan ayam.

Kawasan kilang beroperasi dalam keadaan tidak terurus dan kotor

“Pemeriksaan oleh 21 anggota penguatkuasa turut mendapati pusat penyembelihan ayam itu dalam keadaan tidak terurus dan kotor.

“Lantai dan dinding di ruang memproses ayam berkarat, berlumut dan berdaki hitam. Ia mungkin berpunca aktiviti sembelihan ayam yang dilakukan di dalam premis,” kata Jurucakap DBKL.

Menurut sumber, serbuan ini dilakukan hasil kerjasama antara agensi Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Pusat penyembelihan ayam itu turut dikesan menjadi punca pencemaran apabila pemeriksaan lanjut mendapati tiada sistem penapisan sisa disediakan.

“Sisa penyembelihan dan darah ayam terus disalurkan ke longkang awam. Malah ayam mentah yang siap diproses diletakkan di atas lantai begitu sahaja,” kata Jurucakap DBKL.

"Allahu, terus rasa nak belajar bela ayam dan sembelih sendiri" - Netizen

Susulan tularnya berita itu, posting daripada @redzuanNewsMPB meraih 2K retweets, 294 quote tweets dan 1K likes di Twitter. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geli. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Pihak DBKL telah mengeluarkan dua kompaun selain Notis Perintah Penutupan di bawah Akta Makanan 1983 membabitkan arahan pembersihan dan penambahbaikan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: