[VIDEO] "Makin Panas" - Pemuda Pelik Juruteknik Pasang Compressor Aircond Dalam Rumah
Makin panas lah bilik tu.
Disebabkan cuaca Malaysia yang panas, ramai yang mengambil inisiatif untuk memasang penghawa dingin di rumah
Seperti umum tahu, pemasangan penghawa dingin disertakan dengan kompresor untuk mengeluarkan haba panas sesuatu ruang. Kebiasaannya, kompresor akan dipasang pada dinding luar rumah.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan juruteknik salah pasang kompresor telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berang sebab juruteknik selamba pasang kompresor dalam bilik rumah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam penghawa dingin barunya di ruang tamu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia membebel dan marah kerana pelik juruteknik memasang kompresor di dalam bilik dan bukannya di luar rumah.
Kompresor itu seharusnya tidak pasang di bilik kerana membuatkan bilik itu lebih panas. Juruteknik itu juga dilihat membiarkan wayar di atas lantai dan katil begitu saja.
"Dah boleh jemur kain baju dalam bilik tu. Orang semua tidur luar" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 102K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut pelik dengan keadaan bilik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!