seismik

"Sejuk Hati Dengar" - Suruh Sambung Ayat Al-Quran, Suara Pak Cik Ini Buat Ramai Terpegun

Sedap betul bacaan dia.

Cover image via @abdqawiyaro (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Mengaji dan membaca Al-Quran merupakan amalan yang perlu diamalkan oleh setiap muslimin dan muslimat

Tidak dinafikan, ada sesetengah orang yang pandai menghafal semua surah. Bacaan mereka juga sangat sedap didengar.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki membuat challenge sambung ayat Al-Quran di Kuala Lumpur telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sambung ayat dengan penuh confident, tak sangka bacaan betul dan sedap

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membawa sign sambung ayat Al-Quran dapat RM50 di Kuala Lumpur. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dengan selambanya menerjah orang sekeliling untuk menyambung ayat Al-Quran.

Lebih membuatkan penonton kagum adalah apabila salah seorang pak cik dilihat berjaya sambung ayat Al-Quran dengan bacaan yang sedap. 

"Macam imam solat jumaat ayah dia" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 429K tanda suka dan 10K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan bacaan pak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Bangga anak dia tengok ayah boleh sambung surah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: