seismik

Elak Jadi Mangsa Scammer, 'Semak Mule' Dulu Sebelum Anda Buat Pembelian Online

Aplikasi ini membantu pengguna membuat semakan awal nombor akaun bank dan telefon.

Cover image via Harian Metro & The Asian Age

Orang ramai khususnya pengguna dalam talian dinasihatkan menggunakan portal dan aplikasi 'Semak Mule' bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket penipuan

Menurut sumber, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, aplikasi berkenaan mula diperkenalkan pada Januari 2019 dan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

"Polis mengambil inisiatif membangunkan aplikasi mudah alih Semak Mule untuk membolehkan masyarakat semak akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah secara sahih.

"Masyarakat boleh akses aplikasi ini di mana jua mereka berada untuk membuat semakan awal sebelum mereka menjadi mangsa penipuan," katanya.

Kes hanya diselesaikan di pejabat sama ada di balai polis, mahkamah atau pejabat tanah dan bukan dengan panggilan telefon

Image via The Rohani

Jelas beliau lagi, orang ramai digesa untuk sentiasa berhati-hati dengan modus operandi penjenayah siber itu.

Hal ini kerana pada 2019 sahaja, sebanyak 28,508 kes penipuan atas talian dilaporkan dengan jumlah kerugian mencecah RM2.4 bilion direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, pihaknya juga tidak menggunakan panggilan telefon dengan orang awam untuk menyelesaikan apa saja urusan berkaitan dengan akaun, tangkapan ataupun kes.

Cara check nombor akaun scammer melalui aplikasi dan portal Semak Mule

Tidak ramai orang tahu kewujudan portal PDRM ini yang berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Bahagian JSJK ini, dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).

CCID portal atau Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan penipuan yang berkaitan dengan:

  • Nombor akaun bank
  • Nombor telefon

Berikut di bawah adalah cara membuat semakan nombor akaun bank scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:

Image via Semak Mule
  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak nombor akaun bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih kategori akaun bank
  6. Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik semak maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
    Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

Ini pula cara membuat semakan nombor telefon scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:

Image via Semak Mule
  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak nombor telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih kategori nombor telefon
  6. Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik semak maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
    Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

Orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi ini boleh memuat turun Semak Mule di platform Google Playstore.

Elakkan jadi mangsa scammer, berhati-hatilah di dalam membuat urusan pembelian dan pembayaran di online!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: