seismik

Fenomena Lagu 'Begitu Syulit' Di TikTok, Ini Rupa-Rupanya Lirik Asal & Penyanyi Sebenar

Baru tahu, ingatkan Intan saja cipta lagu tu.

Cover image via @tomgadjett (TikTok) & @binirehan1 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TikTok merupakan medium aplikasi untuk ramai pengguna menyerlahkan bakat terpendam mereka

Ada yang pandai menyanyi, miming lagu, ada juga yang pandai berjoget ataupun berlakon. Bukan setakat hiburan, medium ini juga dijadikan sebagai perkongsian ilmu dan tips-tips rutin harian. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis bernama Intan menyanyi lagu 'Begitu Syulit' sehingga tular dan menjadi fenomena. Namun, rupa-rupanya ada tajuk dan penyanyi sebenar yang menyanyikan lagu tersebut. 

Lihat video itu di bawah: 

Rupa-rupanya lagu viral itu kepunyaan The Junas Band yang bertajuk 'Cukup Dikenang Saja'

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan band Indonesia sedang membuat persembahan di sebuah acara televisyen. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lagu 'Begitu Syulit 'itu dinyanyikan oleh penyanyi sebenar iaitu The Junas Band.

Rupa-rupanya, tajuk lagu bukanlah yang ditularkan oleh netizen selepas nyanyian gadis bernama Intan. Tajuk lagu berikut merupakan 'Cukup Dikenang Saja'. 

"Lah ingat lagu Intan sendiri, sebab sedap jugak. So suara dia je lah yang lawak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 871K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lah, baru tahu mana idea Begitu Syulit dia tu datang! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: