Ramai Kecam Anak Tak Tolong Ayah Jatuh Motor, Ini Rupa-Rupanya Kisah Disebaliknya
Kita bukan Tuhan untuk menghukum orang sesuka hati.
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang video seorang ayah dan anaknya di depan sekolah
Video tersebut memaparkan seorang ayah sedang menghantar anaknya pergi ke sekolah. Namun sebaik saja anaknya itu turun, ayahnya dilihat tidak seimbang dan jatuh dari motor.
Ramai yang bertindak mengecam si anak kerana tidak menolong ayahnya dan melihat saja ayahnya itu bangun sendiri dengan bantuan orang sekeliling.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selang beberapa hari, wakil sekolah memuat naik sebuah posting tentang perkara itu
Menerusi posting berkenaan, wakil sekolah mendedahkan cerita dan kisah sebenar supaya orang ramai berhenti mengecam pelajarnya itu.
Rupa-rupanya, anaknya itu mempunyai sifat lembam dan lambat bertindak balas. Dia juga tidak boleh membaca.
Oleh sebab itu, pihak sekolah menegur orang ramai yang mengecam itu supaya tidak mengejar like dan berkomen negatif kalau tidak tahu cerita sebenar.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Kadang-kadang mata tu menipu, tak semua yang kita nampak dengan mata kasar tu benda betul. Lebih baik diam kalau kita tak tahu apa-apa" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 426K tontonan, 12K tanda suka dan 1.8K komen di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Bak kata pepatah 'kerana mulut, badan binasa', semoga ini jadi pengajaran supaya kita semua tak cepat bersangka buruk kepada seseorang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!