seismik

Terakam Entiti Masa Main Drone Di Muzium, Lelaki Ini Beri Penjelasan Rupa-Rupanya...

Tengok boleh, percaya jangan.

Cover image via @aq_map (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, perkara-perkara ghaib memang wujud di atas muka bumi ini

Memang akan ada yang diberikan anugerah untuk melihat perkara-perkara tersebut. Kebiasaannya, kita memang tidak boleh melihat dengan mata kasar. Hanya orang tertentu saja yang boleh melihat. 

Baru-baru ini, viral di TikTok tentang seorang lelaki bermain drone di sekitar muzium tetapi rakamannya itu menampakkan entiti telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kecoh ingatkan pocong, rupa-rupanya tak ada pun benda yang seram

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memuat naik rakaman dari dronenya melalui aplikasi TikTok. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila rakamannya itu menunjukkan sebuah entiti putih yang seram di bangunan muzium.

Bila sekali tengok, memang macam pocong. Namun, perkara itu disangkal oleh pihak muzium dan beberapa pengunjung kerana itu bukanlah pocong.

Rupa-rupanya, ia hanyalah papan angkasawan untuk kanak-kanak bergambar di situ. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@aq_map

bismillahirrahmanirrahim... disini sy ingin jelaskan berkenaan video yg menular sblm ni "aku terakam ***** part 1 dan part 2... sy memnta jutaan kemaafan dr pihak muzium negeri terengganu kerana berlaku perkara yg sy tak sangka. saya juga ingin mnta maaf kpd semua org yg tgk video sy yg mgkin menimbulkan rasa salah faham.. saya tiada niat utk jatuhkan, fitnah atau seumpama dgnnya.. siapa la sy kalau ada niat sebegitu, sy hanya rakyat dan insan biasa shja.. terima kasih kpd semua yg memberi penjelasan tentang apakah entiti sbnr yg muncul dlm video sy . jika pihak muzium igin sy remove kan video tersebut, boleh maklum pada sy.. terima kasih kpd semua yg memberi komen, info, kwn² yg menyampaikan berita dan sy juga ingin mnta maaf kerana sy tak mampu utk membaca dan membalas komen dalam masa singkat.. inshaallah jika ada rezeki masa sy cuba baca dan membalas komen² yang ada. sekali lagi sy memohon jutaan kemaafan terutama sekali dr pihak muzium dan juga semua org yg tengok video ni yg menimbulkan rasa salah faham. #fpvfreestyle #cinematic #fpv #fpvdrone #fpvmalaysia #dronemalaysia #fyp #iflight #malaysia #pilot #seram #hantu #terengganu #gopro #goprofpv #amazingterengganu #tourism #cuticutimalaysia #drone #aerialdrone #videographer #dji #ohmyganung

original sound - Motion Art Picture - Motion Art Picture

"Nasib lah tengok pagi hari tapi meremang bila nampk tercegat dekat situ" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 55K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com

Lah, tak ada apa yang seram rupa-rupanya! :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: