[VIDEO] "Paling Sakit" - Lelaki Pakai Jubah Konvo Pergi Pusara Isteri Ini Buat Ramai Sebak
Semoga abang kuat!
Kehilangan orang tersayang memang merupakan perkara yang sedih dan buat kita susah nak move on
Orang tersayang seperti ibu bapa, adik-beradik atau suami isteri lah yang sentiasa ada di samping kita melihat setiap jatuh bangun. Sebab itu, memang rasa kekok kalau mereka tiada di sisi.
Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki dilihat memakai jubah konvonya ke pusara isteri telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tekad pakai jubah konvo pergi jenguk pusara isteri sebab dah janji
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berpakaian jubah konvokesyen sambil berjalan ke arah sebuah pusara di tanah perkuburan.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila dia mendekati pusara isterinya sambil memakai jubah dan mortar board. Dia kelihatan sangat sedih kerana isterinya tidak sempat melihatnya menghadiri konvokesyen.
"Benda yang paling sakit, adalah sakit rindu pada orang yang sudah tiada" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 679K tontonan, 57K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak dan sedih melihatnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!