seismik

Guna Lagu Jiwang Di TikTok, Netizen Persoalkan Siapa Admin Akaun Manchester United Ini

Bukan biasa-biasa lagu dia.

Cover image via Euro Sport & @manutd (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita lihat di TikTok, banyak lagu yang sama digunakan oleh para pengguna

Contohnya apabila viral sesebuah lagu itu, ramai yang mengambil muziknya untuk dipakaikan dalam video mereka.

Iyalah lagu tengah hangat kan, pasti ramai yang menggunakannya. Tetapi, kandungan video pula terpulang kepada individidu masing-masing.

Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila akaun kelab bola sepak terkenal iaitu Manchester United menggunakan lagu viral TikTok telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Guna sound nyanyian pemuda dari Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan akaun Manchester United itu memaparkan keraian Cristiano Ronaldo yang baru saja meledakkan gol.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lagu yang digunakan dalam video tersebut yang menjadi tanda tanya netizen. Bahkan, akaun itu siap menulis dengan caption berbahasa Melayu iaitu, "Tenang, ribut, jiwa."

Difahamkan, lagu itu dinyanyikan oleh seorang pemuda dari Malaysia yang kemudian menjadi viral dan ramai yang menggunakan soundnya.

Lihat video asal itu di bawah:

"Admin TikTok MU macam orang Malaysia je" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tertanya-tanya siapakah admin di sebalik akaun itu kerana masih ramai yang tidak percaya mereka menggunakan muzik orang Melayu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3M views, 427.1K likes dan 9,960 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Wow! Siap guna sound orang Malaysia nyanyi lagi. Dah boleh stalk siapa admin akaun diaorang ni :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: