seismik

[VIDEO] Saja Prank Letak Muka Pak Cik Ini Dalam Berita, Reaksi Cuaknya Pula Jadi Perhatian

Nasib baik pak cik tu sedar kena prank. Lawaklah!

Cover image via @enoasan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kita boleh lihat sekarang video-video prank di sosial media

Rata-ratanya sudah tentu menghiburkan kita. Tetapi, haruslah kita ingat dan berpada-pada dalam melakukan sesuatu. Maksudnya di sini, janganlah melampau sehingga memakan diri sendiri, betul tak?

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok memaparkan reaksi seorang pak cik apabila melihat dirinya disebut dalam berita telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@enoasan

prank bergurau dengan mr epot terkejut jugak dia , ingat betui2 punya apa2 pun terbaik epot sporting hahha

original sound - [email protected]

Hairan lepas tengok diri sendiri disebut dalam berita

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di sebuah warung yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Salah seorangnya kemudian memanggil seorang pak cik yang dikenali sebagai Mr. Epot untuk menunjukkan berita kepadanya.

Lelaki itu dilihat menyuruh Mr. epot mendengar berita itu yang memberitahu "Salam sejahtera, pihak berkuasa sedang memburu lelaki yang dikenali sebagai Mr. Epot."


Sebaik saja melihat berita itu, pak cik berkenaan dilihat seolah-olah seperti gelisah dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh berada di dalam berita. Dia akhirnya menyedari bahawa ia adalah gurauan dan semua tergelak.

"Bergenang mata pak cik tu hahahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ada juga yang meminta tutorial bagaimana cara membuat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 751.5K views, 48.4K likes dan 716 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, dah cuak dah muka pak cik tu mula-mula, last-last kantoi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik