seismik

Cara Lelaki Pinta 'Restu' Nak Kahwin Daripada Ibu Pasangan Ini Undang Tawa Warganet

Abang ini mesti kelakar sejak kecil.

Cover image via @muzzfaiqah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Restu daripada keluarga sangat penting sebelum memasuki alam perkahwinan

Alam perkahwinan merupakan satu fasa dimana kita mula memikul tanggungjawab dan amanah sebagai suami atau isteri. Kebiasaannya, satu perkahwinan dapat dibina atas restu keluarga kerana mereka ingin yang terbaik untuk kita.

Namun, perkara seperti ini tidak semudah yang disangkakan. Adakalanya cinta itu membatasi kudrat hubungan keluarga dan kondisi hidup yang mampu menghalang daripada hubungan itu terus bersatu.

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang meminta restu daripada ibunya untuk berkahwin dengan cara bergurau menggunakan pistol mainan.

Lihat video penuh di bawah:

@muzzfaiqah

Nak bagi kawin ke tak camni ek

DJ I m Addicted To - DJ Bambu

Orang lain susah-susah minta restu, abang ini hanya guna pistol mainan sahaja

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @muzzfaiqah di TikToknya, tindakan lelaki tersebut bergurau senda dengan bakal ibu mertuanya semata-mata untuk meminta restu dia berkahwin dengan anaknya mengundang tawa warganet.

Tambahan pula, gelagat gurauannya lelaki berkenaan yang lucu turut meraih respon yang 'santai' daripada ibu kepada wanita tersebut.

Menurut sudut pandang daripada netizen, kehadiran lelaki ini mampu 'menghidupkan' suasana meriah di dalam keluarga itu.


"Nanti dia bawa keluar senjata keramat iaitu hanger" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan perangai lelaki tersebut dengan bakal ibu mertuanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 392K views, 22.5K likes dan 243 shares.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok betul dia menyakat bakal ibu mertua :D

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: