seismik

"Bawa Pintu Sendiri" - Wanita Hairan Masuk Tandas Ini, Fikir Macam Mana Nak 'Membuang'

Pelik betul tandas ni.

Cover image via @ainishangloo (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, tandas awam akan mempunyai pintu berasingan setiap unit betul tak?

Iyalah, takkan nak tengok orang sebelah 'membuang' betul tak? Jadi, sudah pastilah akan ada pintu untuk menutup ruang untuk masa 'private' kita.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita bingung melihat keadaan tandas di salah sebuah stesen minyak ini telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tandas 'terbuka' luas, terbatal terus niat nak membuang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia ingin membuang air kecil di salah sebuah stesen minyak Shell.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah dia terkejut selepas saja membuka pintu tandas berkenaan.

Dapat dilihat beberapa mangkuk jamban tanpa sebarang penghadang di situ. Keadaan itu membuatkan dia terus membatalkan niatnya.

"Satu tandas tu untuk sorang guna kot. Bagus, dia bagi kita choice nak berak kat mana" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 597.3K views, 25K likes dan 1,384 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kalau macam ni dengan min pun panik tengok :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: