"Terbaik" - Tak Terima Jahitan Kecilkan Seluar Perempuan, Tindakan Tauke Kedai Ini Dipuji
Bagus kedai ni.
Kebiasaannya, kita akan pergi ke kedai jahit untuk membetulkan pakaian kita
Tetapi, ada juga yang berkebolehan untuk menjahitnya sendiri. Seperti mengecilkan bahagian baju atau seluar sudah tentu bagi tidak pandai mereka akan menghantar di kedai.
Namun, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah kedai menulis tidak menerima jahitan mengecilkan seluar perempuan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Siap tulis di nota, tak mahu berkongsi dosa
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa di sedang berada di sebuah kawasan.
Dia kemudian lalu di depan sebuah kedai jahit dan apa yang lebih menarik perhatian adalah kedai jahit itu menulis nota di luar yang ternyata mendapat perhatian ramai.
"Di sini tak terima alter seluar ketat perempuan, tak sanggup berkongsi dosa," tulisnya.
"Alhamdulillah, masih ada lagi yang lebihkan agama dari duit" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pujian buat kedai jahit tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 423.9K views, 23.6K likes dan 246 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!