seismik

"Jimat Teruk" - Wanita Kongsi Mesin Beli Sabun Layan Diri, Ramai Pula Request Nak Juga

Mudah dan murah.

Cover image via @dhiaeza (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti kita lihat hari ini, banyak harga barangan sudah pun meningkat disebabkan ekonomi yang tidak menentu

Malah, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan banyak pihak terutama bagi golongan yang tidak mampu. Jadi, terpaksa lebih berjimat untuk membeli barangan keperluan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi mesin sabun basuh layan diri telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@dhiaeza dobi layan diri . nak jimat p tekan sabun basuh baju depan rumah ja. wangi jugaaa sabun basuh baju . #dobilayandiri #amanjayabukit suara asli - Powerengers bunting - Intan Lembata bunting

Mesin 'rare', jarang nampak dekat tempat lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi sebuah mesin sabun layan diri di kawasan rumahnya. Difahamkan, ia berada di Amanjaya Bukit, Kedah.

Apa yang lebih menarik adalah mesin itu jarang sekali dilihat di kawasan lain terutama di kawasan-kawasan bandar. Dapat dilihat seorang wanita sedang membelinya.

Mesin itu menyediakan pelbagai bau sabun basuh termasuk sabun Downy untuk dibeli. Pelanggan hanya perlu membawa bekas mereka sendiri dan sedia untuk pengisian.

"Please lah sesapa tahu kalau area KL ada benda ni, mudah dan murah weh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan mahukan mesin itu di kawasan mereka juga.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 678.6K views, 29.5K likes dan 756 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang jimat ada mesin layan diri macam ni. Harap ada dekat banyak tempat lagi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: