seismik

"Ambo Tak Boleh Dapat Udang" - Makan Tak Ingat Dunia, Wanita Lupa Dirinya Pengantin

Sedap sangat tu.

Cover image via @nztsweetie (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan pengantin pasti tidak sabar untuk meraikan hari bahagia mereka

Sudah tentu hari perkahwinan akan menjadi hari paling bermakna dalam hidup mereka. Segala persiapan pasti sudah disiapkan lebih awal.

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita syok makan udang sehingga tidak sedar dirinya ialah pengantin telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nztsweetie

Mkn beradap ke ni? siap bertambah makan

original sound - norzuriati

Sampai kena tegur sebab syok sangat makan udang

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana di sebuah majlis perkahwinan yang tidak diketahui lokasinya.

Dapat dilihat pasangan pengantin sedang menjamu selera makan semasa makan beradab. Namun, pengantin perempuan pula dilihat syok makan udang seperti tidak sedar yang dirinya adalah pengantin. Dia kemudian ditegur rakannya yang mengusiknya.

"Ambo tak boleh lah kalau dapat udang," katanya.

"Jadi pengantin ni lapar weh. Kadang dari pagi tak sempat makan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pengalaman sama mereka ketika menjadi pengantin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 43.5K likes dan 234 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin dia penat dan lapar tu, sebab tu makan banyak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: