seismik

[VIDEO] Lompat Atas Bahu Pengantin Masa Majlis Akad Nikah, Gelagat Budak Ini Cuit Hati

Selamba je adik tu melompat.

Cover image via @aribfitri_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi pasangan pengantin, akad nikah merupakan antara momen yang pasti tidak akan dilupakan

Pada majlis itulah hubungan anda dan pasangan secara rasmi sah dan bergelar suami isteri. Bagi pengantin lelaki, tentu ia merupakan momen yang mendebarkan buat mereka bukan? Sebab itu, berkali-kali praktis kadangkala mereka lakukan untuk tidak gugup.

Namun, lain pula dengan video mencuit hati ini apabila seorang budak perempuan tiba-tiba melompat atas bahu pengantin lelaki semasa majlis akad nikah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Syok melompat masa tok kadi bagi penerangan

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya majlis akad nikah yang diadakan di sebuah masjid.

Namun, sedang asyik tok kadi memberi penerangan kepada pengantin lelaki, tiba-tiba datang seorang budak perempuan dari arah belakang melompat di atas bahu lelaki tersebut.

Situasi tersebut membuatkan semua terkejut dan ketawa melihat gelagat kanak-kanak tersebut yang tidak disangkakan.

"Masalahnya style. Sekali lompat je" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi terhibur mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.6M views, 521.6K likes dan 8,227 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai dik, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba buat aksi ya :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: