seismik

"Buat Perangai" - Pemuda Pening Lihat Tunang Merajuk, Sanggup Berdiri Luar Kena Hujan

Muncung betul mulut.

Cover image via @xxzrd_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasangan yang sedang bercinta sememangnya akan melihat sedikit sebanyak kerenah pasangan mereka bukan?

Selepas lama berkenalan, kita dapat melihat perangai yang ditunjukkan mereka. Tambahan lagi jika dapat pasangan yang kuat merajuk. Pasti pening kepala dibuatnya.

Sama seperti video di TikTok ini memaparkan gelagat seorang gadis merajuk dengan teman lelakinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@xxzrd_ Melawak sikit teruihh buat prngaimau tak strees guni #fyp #fyp #caltexunstoppablestar Terhangat Di Pasaran - Kru

Sanggup berdiri luar kereta kena hujan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi gelagat tunangnya yang merajuk selepas diusik olehnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah gadis itu dilihat merajuk sehingga sanggup berdiri di luar kereta walaupun hujan turun masa itu.

Situas itu membuatkan pemuda tersebut pening kepala dan cuba memujuknya untuk masuk ke dalam kereta beberapa kali.

"Tu sebab tak adea kilat je kalau ada kilat mahunya masuk terus" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 198.7K likes dan 2,030 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, buat hal betul kan. Kena tinggal baru tahu :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: