[VIDEO] Lelaki Gigih Tarik Sejadah 'Tersangkut', Budak Ini Pula Tidur Lena Tak Sedar
Penat sangat ya dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang kita semua tahu, sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kita semua dinasihatkan untuk tidak berkongsi barangan peribadi
Ia kerana penyakit itu senang berjangkit dan membahayakan. Oleh itu, kita perlu membawanya sendiri, contohnya seperti telekung dan sejadah. Adalah lebih baik kita membawanya daripada berkongsi di tempat awam.
Namun, lain pula yang terjadi dengan video ini apabila seorang lelaki gigih menarik sejadahnya yang tersangkut di bawah punggung seorang budak sekolah telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kejut banyak kali tapi tetap tak sedarkan diri
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama rakannya baru selesai menunaikan solat jumaat di sebuah masjid.
Dia kemudian mahu balik dan mengambil sejadahnya, tetapi sejadah itu malah tersangkut di bawah punggung seorang budak sekolah.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lelaki itu dengan gigih cuba menarik sejadah itu sehingga mengejutkan budak tersebut tapi dia tetap tidak sedar.
Setelah beberapa minit, dia akhirnya berjaya menarik keluar namun, budak itu masih tetap tidur. Mungkin kerana kepenatan.
"Letih sebab pagi sekolah biasa sebelah petang sekolah agama" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 577.5K views, 19.5K likes dan 230 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!